KAMB Mesyuarat Agung Tahunan Ke-1
5 July 2011
No Comment
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Koperasi Atlet Malaysia Berhad (KAMB) akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-1, Tahun 2011 seperti butiran berikut: ~
KAMB Mesyuarat Agung Tahunan Ke-1 Tahun 2011
Tarikh: 23hb Julai 2011 ( Sabtu )
Masa: 2.30 Petang
Tempat: Dewan Serbaguna, Ladang Agro KAMB,
Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan.
-
Muat Turun / Downloads: ~
- Borang Pengesahan Kehadiran – (PDF File)
- Surat Notis kepada Ahli mengenai Mesyuarat Agung Tahunan ke-1 Tahun 2011
- Laporan Koperasi – ALK
- Carta Organisasi Anggota Lembaga (Koperasi) – 1
- Carta Organisasi dan Fungsi (Koperasi) – 2
- Senarai Semak Keanggotaan June 2011
- Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-
- Melantik Pengerusi mesyuarat;
- Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Permulaan yang telah diadakan pada 1hb Ogos 2009;
- Menimbang Laporan Tahunan Lembaga;
- Menimbang Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit Dalaman;
- Menimbang Padangan Suruhanjaya Ke atas Akaun-Akaun dan Kunci Kira-Kira Koperasi Berakhir pada 31 Julai 2010;
- Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit Koperasi bagi Tahun Berakhir 31 Julai 2010;
- Memilih lima (5) orang Anggota Lembaga Koperasi Sesi 2011-2012;
- Menimbang dan meluluskan Belanjawan Tahunan Kewangan Tahun 2011;
- Meluluskan elaun kepada Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman;
- Meluluskan permohonan bagi Memperolehi dan Memegang Subsidiari;
- Meluluskan pelantikan Panel Juruaudit Luar bagi mengaudit Akaun Koperasi Atlet Malaysia Berhad;
- Menetapkan had maksimum keterhutangan Koperasi Atlet Malaysia Berhad;
- Melantik Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota atau perwakilan dan empat (4) orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan;
- Dimaklumkan bahawa lima (5) orang Anggota lembaga Koperasi yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan mereka pada tahun ini adalah seperti berikut:-
- Dato’ Nashatar Singh A/L Modan Singh
- Hajah Zaiton Othman
- Encik Maninderjit Singh A/L Maghar Singh
- Cik Law King Kiew
- Encik Shaharudin Jaffar
- Mendengar atau memutuskan apa-apa aduan yang dibawa oleh mana-mana anggota koperasi yang terkilan dengan keputusan Lembaga, yang baginya suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum mesyuarat dipanggil telah diberikan kepada koperasi.
- Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-Bagi memudahkan urus setia membuat persiapan awal, bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran dan Aturcara. Sila kembalikan borang yang diisi butirannya di pejabat Koperasi selewat-lewatnya pada 8hb Julai 2011 (Jumaat). Keharian Dato/Tuan/Puan adalah tanggungjawab Dato/Tuan/Puan kepada Koperasi dan anggota.
Segala perhatian dan kerjasama Dato/Tuan/Puan diucapkan rinuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
KOPERASI ATLET MALAYSIA BERHAD
SHAMIMI SELVARANI ABDULLAH Setiausaha
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.