Home » Notice

Notice

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-1 TAHUN 2011
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Koperasi Atlet Malaysia Berhad (KAMB) akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-1, Tahun 2011 seperti butiran berikut: ~

KAMB Mesyuarat Agung Tahunan Ke-1 Tahun 2011

Tarikh: 23hb Julai 2011 ( Sabtu )

Masa: 2.30 Petang

Tempat: Dewan Serbaguna, Ladang Agro KAMB,

               Tanjung Tualang, Perak Darul Ridzuan.


  1. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-
    • Melantik Pengerusi mesyuarat;
    • Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Permulaan yang telah diadakan pada 1hb Ogos 2009;
    • Menimbang Laporan Tahunan Lembaga;
    • Menimbang Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit Dalaman;
    • Menimbang Padangan Suruhanjaya Ke atas Akaun-Akaun dan Kunci Kira-Kira Koperasi Berakhir pada 31 Julai 2010;
    • Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit Koperasi bagi Tahun Berakhir 31 Julai 2010;
    • Memilih lima (5) orang Anggota Lembaga Koperasi Sesi 2011-2012;
    • Menimbang dan meluluskan Belanjawan Tahunan Kewangan Tahun 2011;
    • Meluluskan elaun kepada Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman;
    • Meluluskan permohonan bagi Memperolehi dan Memegang Subsidiari;
    • Meluluskan pelantikan Panel Juruaudit Luar bagi mengaudit Akaun Koperasi Atlet Malaysia Berhad;
    • Menetapkan had maksimum keterhutangan Koperasi Atlet Malaysia Berhad;
    • Melantik Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota atau perwakilan dan empat (4) orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan;
    • Dimaklumkan bahawa lima (5) orang Anggota lembaga Koperasi yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan mereka pada tahun ini adalah seperti berikut:-
      • Dato’ Nashatar Singh A/L Modan Singh
      • Hajah Zaiton Othman
      • Encik Maninderjit Singh A/L Maghar Singh
      • Cik Law King Kiew
      • Encik Shaharudin Jaffar
    • Mendengar atau memutuskan apa-apa aduan yang dibawa oleh mana-mana anggota koperasi yang terkilan dengan keputusan Lembaga, yang baginya suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum mesyuarat dipanggil telah diberikan kepada koperasi.
  2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-Bagi memudahkan urus setia membuat persiapan awal, bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran dan Aturcara. Sila kembalikan borang yang diisi butirannya di pejabat Koperasi selewat-lewatnya pada 8hb Julai 2011 (Jumaat). Keharian Dato/Tuan/Puan adalah tanggungjawab Dato/Tuan/Puan kepada Koperasi dan anggota.

Segala perhatian dan kerjasama Dato/Tuan/Puan diucapkan rinuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

KOPERASI ATLET MALAYSIA BERHAD
SHAMIMI SELVARANI ABDULLAH Setiausaha

Leave your response!

You must be logged in to post a comment.