Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 Tahun 2023
Ruj. Kami : KAMB/SKM/AGM-K5/01-05
Tarikh : 25hb Mei 2023
Kepada
Anggota Perwakilan Sesi 2023- 2024
Koperasi Atlet Malaysia Berhad
Dato’/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-5 TAHUN 2023
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Koperasi Atlet Malaysia Berhad (KAMB) akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-5, Tahun 2023 secara “Hybrid” dimana ahil boleh menhadiri secara online atau fizikal seperti butiran berikut:-
Tarikh : 25 Jun 2023( AHAD )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Level 2 B, Training Hall
OCM Sports Indoor Building
Wisma OCM , Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur
Pautan untuk menghadiri secara atas talian : https://meet.google.com/iqk-yftr-zmx
2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-
2.1 Melantik Pengerusi, Setiausaha dan dua (2) orang Pencatat Minit Mesyuarat;
2.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-4 yang telah diadakan pada 7 April 2018;
2.3 Menimbang Laporan Tahunan Lembaga 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022;
2.4 Menimbang Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit Dalaman 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022;
2.5 Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit Koperasi bagi Tahun Berakhir 31 Julai 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022;
2.6 Memilih 12 (12) orang Anggota Lembaga Koperasi Sesi 2023-2024;
2.7 Menimbang dan meluluskan Belanjawan Tahunan Kewangan Tahun 2024;
2.8 Meluluskan pelantikan Panel Juruaudit Luar bagi mengaudit Akaun Koperasi Atlet Malaysia Berhad;
2.9 Melantik Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota adan empat (4) orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan;
2.10 Menetapkan had maksimum keterhutangan Koperasi Atlet Malaysia Berhad; dan
2.11 Menimbang anda meluluskan apa-apa- cadangan pindaan keatas undang-undang kecil.
2.12 Perbentangan dan meluluskan usul-usul yang telah diserahkan sebelum 15 Jun 2023.
3. Dimaklumkan bahawa semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan mereka pada tahun ini.
4. Bagi memudahkan urus setia membuat persiapan awal, bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran, Borang Usul dan Agenda Mesyuarat. Sila kembalikan borang “Google” atau emailkan coopmasbhd@gmail.com kepada Koperasi sebelum selewat-lewatnya 5 petang, 15 Jun 2023 (Khamis). Kehadiran Dato/Tuan/Puan adalah tanggungjawab Dato/Tuan/Puan kepada Koperasi dan anggota.
Segala perhatian dan kerjasama Dato/Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
KOPERASI ATLET MALAYSIA BERHAD
DR ARJUNAN NARAYANAN
Setiausaha
Koperasi Atlet Malaysia Berhad
s.k. i. Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Wilayah Persekutuan
ii. Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi Atlet Malaysia Berhad
iii. Pengurus Kanan, Koperasi Atlet Malaysia Berhad
Lampiran :
https://www.kamb.org.my/laporan-tahunan-dan-penyata-kewangan-2018-2022/
Official Online Google Form Link: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdfopWbli1WtGNZE36Q8rqJ12RdEa_7Rk9Ui6IzvXpH-SVzFA/viewform
Leave your response!
You must be logged in to post a comment.