Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 Tahun 2024
Ruj. Kami : KAMB/SKM/AGM-K/01-01
Tarikh : 29 Disember 2024
Kepada
Anggota Perwakilan Sesi 2023- 2024
Koperasi Atlet Malaysia Berhad
Dato’/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-6 TAHUN 2024
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Koperasi Atlet Malaysia Berhad (KAMB) akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-5, Tahun 2023 secara “Hybrid” dimana ahil boleh menhadiri secara online atau fizikal seperti butiran berikut:-
Tarikh : 29 Disember 2024( AHAD )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Ahli di adakan di atas talian – Pautan untuk menghadiri secara atas talian
Mesyusrat Agong Koperasi Atlet Malaysia Berhad ke-6 , 29 Disember 2024
Sunday, December 29 · 10:00am – 1:00pm
Time zone: Asia/Kuala_LumpurGoogle Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/nen-eynv-vmv
2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-
2.1 Melantik Pengerusi, Setiausaha dan dua (2) orang Pencatat Minit Mesyuarat;
2.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-6 yang telah diadakan pada 25 Jun 2023 ;
2.3 Menimbang Laporan Tahunan Lembaga 2023;
2.4 Menimbang Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit Dalaman 2023;
2.5 Menimbang dan meluluskan Akaun Teraudit Koperasi bagi Tahun Berakhir 31 Julai 2023
2.6 Menimbang dan meluluskan Projek dan Belanjawan Tahunan Kewangan Tahun 2025;
2.7 Memilih 2 orang Anggota Lembaga Koperasi Sesi 2024-2005;
2.8 Meluluskan pelantikan Panel Juruaudit Luar bagi mengaudit Akaun Koperasi Atlet Malaysia Berhad;
2.9 Melantik Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota : (2) dari ahli dan empat (4) orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan;
2.10 Menetapkan had maksimum keterhutangan Koperasi Atlet Malaysia Berhad; dan
2.11 Menimbang anda meluluskan apa-apa- cadangan pindaan keatas undang-undang kecil.
2.12 Perbentangan dan meluluskan usul-usul yang telah diserahkan sebelum 28 Dis 2024.
4. Bagi memudahkan urus setia membuat persiapan awal, bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran, Borang Usul dan Agenda Mesyuarat. Sila kembalikan borang “Google” atau emailkan coopmasbhd@gmail.com kepada Koperasi sebelum selewat-lewatnya 6 petang, 28 Dis 2024(Sabtu). Kehadiran Dato/Tuan/Puan adalah tanggungjawab Dato/Tuan/Puan kepada Koperasi dan anggota.
Segala perhatian dan kerjasama Dato/Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
KOPERASI ATLET MALAYSIA BERHAD
SITI ZAHARAH
Setiausaha
Koperasi Atlet Malaysia Berhad
s.k.
i. Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Wilayah Persekutuan
ii. Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi Atlet Malaysia Berhad
iii. Pengurus Kanan, Koperasi Atlet Malaysia Berhad
Lampiran :
Laporan dan Penyata Kewangan 2023 : PDF File click here to view & download
Web Link: https://www.kamb.org.my/laporan-tahunan-dan-penyata-kewangan-2022-2023/
Official Online Google Form Link: https://forms.gle/Faf21DTXCxMRPC8n6